Majlis Jamuan Raya LPP 26 Jun 2019

26 Jun 2019, Kuala Lumpur – Majlis sambutan hari raya LPP tahun ini disambut meriah dengan berkongsepkan santai retro.

Bagi menyerikan majlis tersebut pihak LPP telah membawakan buskers 3 peace dari Terengganu dan penyanyi popular 80-an Herman Tino.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh vvip khas seperti YM LT Kol Tengku Kamarulzaman Al Haj Ibni Al Marhum Sultan Sir Abu Bakar Abu Bakar, TS Rais Yatim, Datuk A. Kadir Jasin Datuk Azhar Abd Hamid, Pengerusi FGV Holding, Dato’ Haris Fazillah Hassan, CEO FGV Holding,Dato’ Amir Hamdan, Pengarah Pembangunan Usahawan Felda Dato’ Tamrin Ghafar, Sr Hj Ishak Ismail,

Bekas-bekas pengerusi dan ketua pengarah LPP yang hadiR ialah TS Abu Zahar dan TS Zainal Dahlan

Mantan-mantan Ketua Pengarah pula ialah Datuk Pahamin Rajab, Dato Rahim Rahmat, Dato Rahim Ahmad, Dato Mariamas, Dato Salim Taha dan Tn. Hj. Hamzah Bahari.

Pihak penganjur merakamkan terima kasih kepada semua yang hadir iaitu wakil dari pejabat-pejabat Menteri Kabinet, rakan-rakan jabatan dan agensi, institusi kewangan dan sebagainya.

Sekitar Lawatan Kerja YBTM ke PPK Camrron Highland

21 Jun 2019, Cameron Highland – YB Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani telah sudi mendengar taklimat operasi PPK Cameron Highland dan seterusnya mengadakan lawatan kerja projek PPK iaitu Projek Tanaman Strawberi dan Projek pemprosesan jem strawberi.

Berikut adalah beberapa detik penting dalam lawatan tersebut.

Reformasi peladang Kluang

22 Jun 2019: Kluang – Negeri Johor akan membawa balik kegemilangan tanaman lada hitam ke negeri ini. Perkara ini dinyatakan oleh YB Tn. Hj. Tosrin bin Jarvanty, Exco Pertanian Negeri Johor di Majlis Perasmian Program Reformasi Peladang Kluang 2019 di sini.”perkara ini akan direalisasikan apabila Jawatankuasa Program Reformasi Hijau Negeri Johor ditubuhkan tidak lama lagi. Tumpuannya adalah kepada pembangunan tanah-tanah terbiar terutamanya tanah-tanah terbiar milik kerajaan seperti FELDA, FELCRA, RISDA, Majlis Agama Negeri Johor dan lain-lain”, tambahnya.Sementara itu Datuk Mazlan Aliman pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dalam ucapannya pula menyatakan LPP mensasarkan keahlian seramai 1.0 Juta orang menjelang hujung 2020 dengan terlaksananya sistem permohonan keahlian secara online.Selain daripada itu katanya peladang akan memiliki sebuah hypermarket digital yang akan berooerasi di Skudai Johor dan pemilikan 4 buah feri di Langkawi.Majlis Perasmian Program Reformasi peladang ini adalah siri ke dua selepas acara yang sama telah diadakan di Felda Bukit Ramun. Majlis ini turut dihadiri oleh Wakil Pengerusi NAFAS, wakil Pengurus Besar NAFAS dan Pengerusi PPN Johor dan Pengarah LPP Negeri Johor – Mhas

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam Aidilfitri kepada Hj/Hjh/Tuan/Puan rakan2, sahabat2 dan sesiapa sahaja yang membaca entry ini.

Saya mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri dan bersyukur kerana kita semua diberi kekuatan menjalani ibadat puasa disepanjang bulan Ramadhan pada tahun ini.

Dihari kemenangan ini saya memohon kemaafan sekiranya dalam penulisan melalui blog ini terdapat apa2 kesilapan dan kekasaran bahasa yang mungkin menguris perasan Hj/Hjh/Tuan/Puan sekalian.

Selamat berhari raya dan selamat berkunjung- mengunjung. Berhati2 dalam perjalanan samada jauh atau dekat.

تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَ مِنْكُمْ

MHAS

Nasi Dagang Menu Wajib Di Hari Raya

Bagi rakyat Terengganu pagi raya atau selepas solat hari raya mereka akan mencari menu wajib iaitu Nasi Dagang bersama Googleikan Aya. Selain itu menu lain ialah ketupat palas cicah nissan cair, tapai pulut, nasi kapit, laksam dll. Jadi kepada sesiapa nak masak nasi dagang boleh le cuba..

Resepi Nasi Dagang Terengganu

Bahan-bahan untuk Nasi: –
4 cawan beras Jati
1 cawan beras pulut
3 cawan santan cair + sedikit gula dan garam
1 – 1 1/2 cawan santan pekat + sedikit garam
1 sudu halba
2 ulas bawang merah
1/2 in halia

Cara cara :
1. Beras dicampur dengan beras pulut di rendam 8 jam atau semalaman (kalau tak sempat 2-4 jam pun ok)
2. Kukus beras dan pulut tadi selama 20 minit
3. Angkat dan kaut semua nasi ke dalam bekas yang agak besar dan digaulkan dengan separuh santan cair sehingga rata. biar seketika hingga semua santan meresap. Masukkan lagi santan sehingga meresa. Elok habiskan semua santan cair. Biar sekejap
4. Kukus semula selama 20 minit lagi.
5. Sementara itu hiris bawang dan halia halus2. Masukkan di atas nasi dlm kukusan dan juga buah halba.
6. Angkat nasi utk kali kedua dan arunkan dengan santan pekat hingga rata. Tak perlu habiskan jika nasi nampak sudah elok lembutnya.
7. Boleh dihidangkan

Resepi Gulai Ikan Aya

Rebus Ikan Aya Hitam bersama beberapa asam keping dan juga garam..
Jangan buang air rebusan
* boleh tambah telur rebus juga.. Ada yang suka makan Nasi Dagang dengan gulai telur rebus
* lebih sedap guna Ikan Aya Hitam dari Ikan Aya Kurik
Resepi Nasi Dagang Terengganu

Bahan-bahan gulai

1 sudu serbuk ketumbar
1/2 sudu serbuk jintan manis
1/2 sudu serbuk jintan putih
2 hiris lengkuas
1 hiris halia
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 sudu cili mesin
1 paket rempah gulai cap bunga Ros 15 gram (nak sedap tambah lebih)
1 1/2 liter santan
1 batang kulit kayu manis
1 sudu kerisik
4 keping asam keping
1/2 buku kecil gula melaka.
10 biji cili padi
sedikit garam

Cara-cara :

1. Masak Santan sehingga naik minyak.
2. Masukkan semua bahan-bahan serbuk, rempah gulai cap bunga ros, cili mesin, kulit kayu manis, kerisik, asam keping, dan gula melaka
3. Masak lama, biarkan mendidih. Masukkan sedikit garam sesuai dengan rasa.
4. Masukkan air rebusan ikan tadi dan juga ikan yang di rebus. jangan masukkan asam keping rebusan ikan nanti masam.
5. Biar beberapa minit. Masukkan cili padi
6. Masak sebentar dan boleh dihidang. Pilihan sendiri mahu pekat atau pun tidak.. Kalau mahu pekat masak lama.. Siap!

Resepi Acar Timun:-
Timun
Carrot
Cili Merah dan Bawang
– SEMUA dihiris memanjang
1 sudu gula
1 sudu garam
1 sudu cuka

Cara-cara:
1. Gaul sebati dan dihidang.

Credit to Mr. Google

– Mhas

RM 2 Juta untuk merangsang pemasaran lembu korban PPK Kuala Langat

28 Mei 2019, Kuala Lumpur – Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Langat telah menerima pembiayaan sebanyak RM2.0 Juta daripada Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) bagi mengembangkan aktiviti pemasaran lembu korban.

Penyampaian ‘mock cheque‘ pembiayaan K3P dan TPUP kepada Pengurus Besar PPK Kuala Langat, En. Shakran Shamsudin telah disampaikan oleh Datuk Mazlan Aliman, pengerusi LPP dan Pn. Azulita Salim, Ketua Pengarah LPP di Program Pasar Peladang Sempena Aidilfitri di Menara LPP di sini.

Pengurus Besar PPK Kuala Langat memaklumkan pembiayaan yang diterima adalah untuk tambahan lebih kurang 400 ekor lembu untuk tujuan korban pada tahun ini. “Kapasiti pemasaran lembu untuk tujuan korban yang diuruskan oleh PPK Kuala Langat adalah sekitar 1, 450 ekor dengan nilai jualan berjumlah RM6.60 Juta”, tambahnya.

Shakran berkata “Konsep unik yang diketengahkan oleh pengurusan PPK Kuala Langat adalah mewujudkan mentor kepada aktiviti pemasaran lembu. Kaedah ini telah terbukti membuahkan hasil kerana ianya telah berjaya melahirkan seramai 35 orang penternak muda” .

Shakran menambah bahawa dengan wujudnya konsep mentor ini usahawan muda ternakan lebih terjaga dan mereka hanya perlu fokus kepada pengeluaran dan penjagaan ternakan masing-masing. Pemasaran akan diurus oleh 3 orang mentor dengan pengurusan serta traksaksi kewangan lakukan sepenuhnya oleh PPK.

Pada masa kini PPK Kuala Langat telah memasarkan lembu korban untuk kawasan Selangor dan Kuala Lumpur dengan penghantaran terus lembu ke lokasi yang ditetapkan oleh pelanggan.

Kebanyakan pelanggan yang berurusan dengan PPK Kuala langat tidak berubah haluan kerana mereka yakin dan puas hati dengan perkhidmatan. Jaminan lembu yang dipilih pelanggan di kandang akan dihantar ke lokasi korban merupakan prinsip amalan PPK Kuala Langat.

Pihak pengurusan PPK optimis aktiviti pemasaran lembu korban yang bermula sejak 2011 ini akan terus berkembang dan yakin penglibatan golongan muda merupakan pemangkin kepada perkembangan industri ini. – MHAS