GM PP diberi penerangan Pindaan Perlembagaan PP.

24 Mei 2019, Kuala Lumpur – Satu sesi ‘engagement” (libat urus) oleh Ketua Pengarah dan Bahagian Penyeliaan & Penguatkuasaan LPP Ibu Pejabat kepada semua GM (Pengurus Besar) PP telah diadakan dengan jayanya walaupun wujud suasana yang agak’ panas’.

Beberapa persoalan telah ditimbulkan bagi menuntut penjelasan dari pihak pendaftar atas pindaan perlembagaan tersebut. Kebanyakannya berkisar tentang komposisi dan penentuan lantikan pengerusi di peringkat PP.

Walaupun pelbagai soalan ditimbulkan ianya telah dijawab dengan penuh berhemah. Pada tahap ini sewajarnya keberanian YBhg Pn. Azulita Salim sendiri selaku Ketua Pengarah LPP dan pendaftar PP serta team Bahagian Penyeliaan & Penguatkuasaan patut dipuji. Setiap persoalan yang diajukan diberi penjelasan berlandaskan apa yang termaktub dalam akta dan peraturan yang berkaitan.

Keberanian dan kekentalan Ketua Pengarah sebagai Pendaftar telah turun ke negeri-negeri memberi penerangan serta berdailog dengan peladang-peladang adalah suatu tindakan berani. Sudah tentu persoalan dari peladang akan lebih mencabar dan emosi yg sukar digambarkan. Strategi ‘bahaya’ turun padang berhadapan dengan peladang yang bangkit membantah adalah suatu risiko yang amat besar. Namun setakat ini ianya dapat diharungi dengan tabah.

Inilah sebenarnya pemimpin yang sebenar yang bukan bercakap kosong sebaliknya berani membelah badai, mara kehadapan mengambil tanggungjawab penuh demi tugas yang diamanahkan.

Semoga Ketua Pengarah terus diberi kekuatan kerana “badai” yang hendak ditempuh belum kelihatan akan reda.. MHAS

Iftar Ramadhan LPP 2019

24 Mei 2019, Kuala Lumpur – Telah berlangsung pada petang ini iftar ramadhan LPP 2019 yang dihadiri oleh YB Menteri Pertanian dan Industri asas tani.

Ini merupakan perjumpaan bersejarah dimana YB Menteri telah menyampaikan amanatnya kepada seluruh Pengurus Besar PP seluruh Malaysia termasuk PP di Sarawak, KADA dan MADA.

Dikesempatan ini juga YB Menteri dan Pn. Azulita Salim, Ketua Pengarah LPP telah menyampaikan sumbangan meraikan 30 orang anak-anak yatim yang dibawakan khas dari Teratak Nur Baraqah Seksyen 24 Shah Alam bagi bersama-sama memeriahkan iftar tersebut.

Program menjadi lebih bermakna atas kesudian Tan Sri Zabidi, pengerusi Agro Bank menyampaikan sumbangan sebanyak RM50,000.00 kepada wakil asnaf dari kalangan warga peladang seluruh negara.

Majlis Iftar ini berlangsung dalam suasana santai tetapi meriah dengan kehadiran tetamu jemputan seperti Datuk Mazlan Aliman, Pengerusi LPP, Dr. Zunika TKDU(D) MOA, pengerusi dan juga CEO Agro Bank, Ketua Pengarah Jabatan Pertanian, pengerusi serta Pengurus Besar NAFAS, Ahli Lembaga LPP, Ahli Lembaga NAFAS, wakil kesatuan dan pihak media.

N

NOTA:

Pihak pengurusan LPP merakamkan jutaan terima kasih kepada semua anggota yang menderma. Semoga sumbangan tuan/puan mendapat barakoh Ramadhan dengan dilipat gandakan pahalanya.

Inti pati ucapan YBM MOA pada 23 Mei 2019

PETIKAN UCAPAN YB MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
SEMPENA
PERHIMPUNAN BULANAN MOA
PADA
23HB MEI 2019
BERTEMPAT
DI DEWAN SERBAGUNA MOA

1. Tarikh 23 Mei 2019 merupakan genap setahun YB Menteri di lantik ke Jawatan Menteri Pertanian & Industri Asas Tani.

2. Beliau mengucapkan terima kasih kepada seluruh jentera MOA yang terdiri dari KSU, TKSU, ketua-ketua jabatan, pengerusi-pengerusi agensi yang telah memberikan sumbangan terbaik bersama beliau untuk melihat Kementerian mampu ke hadapan dan dapat untuk melakukan anjakan demi masa depan petani-petani kita di seluruh negara.

3. YB Menteri telah berkongsi pengalaman suka duka perjuangan dalam politik dan sehingga berada pada tahap sekarang ini. Selepas PRU 14, perubahan yang berlaku adalah perubahan oleh rakyat. Pakatan Harapan tidak boleh melakukan kesilapan yang sama dengan kerajaan lama dikala rakyat berani membuat perubahan.

4. Dikesempatan ini adalah untuk kita berubah, mereformasi, menstrukturkan kembali negara yang kita anggap telah runtuh yang menjadi sebab utama rakyat begitu redha menukarkan kerajaan pada waktu itu. Bila Pakatan Harapan diberikan kuasa, kuasa itulah akan digunakan dari yang tidak baik kepada yang lebih baik kerana itulah yang diperjuangkan. Kuasa yang ada akan diguna sebaik mungkin dan bukan menjadi kerajaan yang menyalahguna kuasa.

5. Beliau mahu memertabatkan kembali kakitangan awam supaya kakitangan awam berada pada martabat yang tinggi dan orang politik akan menjadi pemandu dan pemimpin dalam sebuah negara yang akan dipastikan memegang prinsip ‘Rule of Law’ dalam sebuah negara yang berkonsepkan demokrasi berpelembagaan.

6. Dlm mesy cabinet dimaklumkan bahawa dalam banyak pilihanraya kecil, kakitangan awam kita tidak memihak kepada kerajaan. Maka Tun memberi peringatan bahawa ramai kakitangan awam yang mahu bekerja dengan cemerlang, jujur dan ikhlas tapi ada juga dikalangan mereka yang tidak senang dengan kerajaan baru kerana kerajaan baru begitu bersungguh-sungguh membasmi rasuah, memerangi salah guna kuasa dan ingin mengubah negara ini pada landasan yang betul.

7. Secara praktikal ada kebaikan dilakukan oleh orang terdahulu. Sebolehnya negara ini perlu kembali ke Zaman Tun Razak kerana di zaman itu kita melihat Integriti berada di kemuncak. Dalam tempoh 5 tahun banyak institusi ditubuhkan demi untuk kepentingan orang melayu khasnya.

8. Kita sedang mencari formula terbaik kerana kita mahu memberi kepercayaan yang tinggi kepada perkhidmatan awam. Sehingga suatu hari impikan index integrity kita berada pada tahap ‘top 10’ mengikut Korea Selatan, Jepun dan negara –negara Scandinavia.

9. Kita akan cari prosedur paling tepat agar semua AP, tender, IP menepati ciri-ciri index integrity dan akan jadikan MOA dijadikan contoh dalam kita melaksanakan integrity.

10. Sebagaimana Tun Razak menggunakan kuasa untuk merubah, kita nak merubah struktur satu institusi yang tidak boleh bergerak kemana-mana dan ianya merupakan perkara yang besar. 800,000 petani-petani, peladang-peladang yang sepatutnya mereka dapat menikmati hasil masih terbelenggu dalam B40.

11. Tugas kita pada hari ini untuk maju kehadapan dan Saya akan buat banyak lagi perubahan polisi supaya kita membuktikan kepada negara bahawa Kementerian pertanian Pertanian ini mampu merubah nasib dan masa depan rakyat dalam negara ini.

12. Meminta pengerusi MADA dan KADA meyediakan satu Plan tindakan bagi menentukan hala tuju industry baru beras wangi negara yang mampu neningkatkan pendapatan warga petani. MOA jua akan mengadakan model baru termasuk land consideration untuk menaiktaraf dan memperkasa sawah- sawah bendang dapat ditadbir urus dibawah satu system yang lebih baik, cekap dan efficient.

13. Semoga isu NFC dapat diselesaikan segera dengan syarika baru akan dapat beroperasi dan MOA akan memantau perkembangannya. MOA juga mengimpikan tabung pelaburan petani dan peladang dapat ditubuhkan. Semua ini dapat dijelmakan dengan komitmen bersama.

14. Mengharapkan kerjasama kakitangan awam untuk mendokong idea dan semua gagasan-gagasan yang dirasakan baik untuk memajukan masyarakat petani kita diseluruh negara.

NOTA:

Catatan adalah berdasarkan kefahaman penulis dan sebarang kemuskilan hendaklah dirujuk kepada rekod asal di KUKK

Ralat Tajuk Berita Berkaitan Pindaan Peraturan PP

16 Mei 2019, Kuala Lumpur – Para pembaca surat khabar Sinar harian bertarikh 15 Mei 2019 yang mengikuti perkembangan Pindaan Peraturan-Peraturan Peladang disarankan merujuk kepada versi online kerana kenyataan yang diberikan oleh Ketua Pengarah LPP Azulita Salim adalah lebih tepat.

Versi online [Dikemaskini]

Tajuk dalam versi online yang telah dikemaskini adalah “Pindaan Peraturan Beri Satu Dimensi Baharu Kepada 900,000 Ahli Peladang” dan bukannya “Tingkatkan Taraf Hidup Peladang”. Tajuk yang dikeluarkan dalam versi cetak tidak merujuk kepada pindaan peraturan dan tidak berkaitan dengan isu yang dikeluarkan.

Kesilapan pada versi cetak

Akibat dari kesilapan ini mungkin telah menimbulkan kekeliruan, dan para pembaca disarankan merujuk kepada versi online seperti yang dinyatakan. – MHAS

P/s: Terima kasih kepada pihak Sinar Harian yang memberi kerjasama penuh dalam mengemaskini maklumat diatas.

Pindaan peraturan Pertubuhan Peladang ke arah meningkatkan keberkesanan Tadbir urus PP

4 Mei 2019, Kuala Lumpur- Satu sidang media khas oleh Ketua Pengarah LPP YBhg. Pn. Azulita Salim bagi memberi penjelasan berkaitan pindaan Peraturan-Peraturan Pertubuhan Peladang (Pindaan) 2019 pada 22 April lalu yang berkuatkuasa 1 Mei 2019.

Azulita berkata pindaan pertubuhan peladang adalah untuk kebaikan kepada pertubuhan itu sendiri. Pindaan kali ini merupakan satu reformasi kepada komposisi Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang agar memberi anjakan takbir urus yang lebih baik dari segi pengurusan dasar di Pertubuhan Peladang.

Pindaan yang dibuat adalah bukan benda baru dan sebenarnya ia selari dengan plan hala tuju Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani iaitu dibawah strategi hala tuju ke lima, tambahnya. – MHAS

PPN Selangor disaran ceburi projek baru yang menguntungkan.

13 Mei 2019, Kuala Lumpur – Pengurusan Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Selangor disaran melibatkan diri dalam industri pengumpulan hasil dan urusniaga secara pukal dalam melengkapkan rantaian pengeluaran hasil pertanian. Ia juga selari dan menjadi pelengkap kepada rantaian pengeluaran cili PPK Kuala langat. Perkara ini dinyatakan oleh YBhg Pn. Azulita Salim Ketua Pengarah LPP di sini.Beliau menambah PPN juga perlu memperkasakan Pembekalan Input Bersepadu (PIB) dengan menjalinkan kerjasama strategik dengan pembekal-pembekal utama input pertanian seperti Sygenta, Bayer dan lain-lain. Penglibatan PPN Selangor dalam projek-projek baru amat digalakkan kerana ianya akan dapat mempelbagaikan pendapatan PPN. Pertubuhan pelandang yang mempunyai sumber kewangan yang kukuh seperti PPN Selangor perlu menceburi bidang-bidang baru pertanian yang dapat memberi pulangan yang besar.EN. Muhammad Azzrienie Shafie Pengurus Besar PPN Selangor juga berpendapat bahawa keupayaan kewangan yang ada memberi kekuatan kepada PPN Selangor untuk menjalankan projek-projek baru. Melalui plan hala tuju baru 2019 – 2020, PPN Selangor telah merancang beberapa aktiviti seperti pengilangan dan pemasaran ayam, transformasi mekanisasi, PIB, dan pengambilalihan kilang benih padi. – MHAS

Selamat berpuasa

Masa pantas berlalu dan Ramadhan muncul lagi!.

Kegusaran mungkin muncul bagaimana untuk menghadapi bulan puasa namun bagi setengah hamba, mereka mendoakan semoga bertemu dengan Ramadhan malah mengharapkan dipanjangkan umur untuk bertemu Ramadhan seterusnya

Ramadhan tidak mengubah corak amalan harian kita tetapi kita yang kena mengubahnya dengan menambah amalan kerana bulan ini penuh barakah.

Jika nak bersedekah elok sangatlah kerana setiap amalan baik di bulan yg mulia ini dilipat gandakan pahalanya. Namun sesetengah daripada kita cuba berbuat baik dengan menggunakan sumber orang lain. Bukan salah tetapi alangkah baiknya jika masing2 diantara kita bersedekah dan beramal menggunakan hak dan keupayaan sendiri.. MHAS