Pertanian akan diserap ke pusat pengajian agama

Klang, 12 Disember 2019 – Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) akan mengaplikasikan bidang pertanian kepada institusi pendidikan agama di negara ini. Program ini akan dijadikan pilot projek LPP dengan membawa elemen atau komponen pendidikan dan kemahiran pertanian supaya para pelajar berupaya menjadi petani moden. Perkara demikian dinyatakan oleh YBhg Datuk Mazlan Aliman, Pengerusi LPP semasa lawatan ke Ma’ad Tahfiz Al Quran Wal Imamah Bukit Kerayong di sini.

“Dari sudut pendidikan para pelajar akan mendapat ilmu pengajian tetapi tiada pengalaman kemahiran untuk kerjaya anak-anak tahfiz selepas pengajian, jadi progran ini akan membekalkan pengalaman kepada mereka apabila tamat pengajian, tambahnya.

LPP sebagai agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mengadakan kerjasama dengan institusi pendidikan agama dengan memberi pendedahan awal kepada pelajar untuk menceburi bidang pertanian melalui program MyGreen Team yang boleh menjadi model dan membawa persepsi umum yg baik kepada institusi agama malah menjadikan pusat tahfiz tempat kunjungan sektor Agro pelancongan.

Program pertanian seumpama ini juga akan menjadikan Institusi pendidikan agama tidak hanya bergantung kepada yuran dan sumbangan sahaja dalam menampung kos-kos gaji dan penyelenggaraan. Hasil dari usaha pertanian, tanaman dan ternakan akan menjana pendapatan lumayan kepada institusi terbabit.

Selain program MyGreen Team, LPP juga menawarkan pembiayaan lain seperti pembiayaan usahawan dan kemungkinan boleh diadakan kalobrasi bersama Kementerian Pendidikan dalam konteks pendidikan dan kemahiran pelajar.

Ma’ad Tahfiz Al Quran Wal Imamah Bukit Kerayong yang di uruskan oleh Ustaz Azrulkhakim merupakan institusi pengajian swasta yang beroperasi di kawasan seluas 6 ekar di Bukit Kerayong Klang. Pusat tahfiz ini menerapkan elemen pertanian yang mana sayur-sayuran, ternakan ikan, ayam, itik, kambing dan lembu diusahakan secara integrasi atau Integrated Eco Farming.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Pn Aduni Adlin Mohd Bee, Pengarah LPP Negeri Selangor, En. Azrinie Shafie, Pengurus Besar PPN Selangor, En. Mohd Bahari Bachok, Pengerusi PPN Selangor, Pn Masdura Supian, Pengurus Besar PPK Klang serta barisan AJP PPN dan PPK Klang. – Mhas

WARGA LPP DISERU MENINGKATKAN IMEJ DAN MEMENTINGKAN KEBERHASILAN.

Bangi, 27 Disember 2019 – Anggota LPP diseru untuk menanam budaya sayangkan organisasi dengan menerapkan amalan integriti, responsive dan memberi fokus kepada result oriented.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Pn. Azulita Salim sewaktu menyampaikan ucaptama di Kursus Capacity Building dengan kerjasama Pro Rev Consultancy and Services bertempat di Avenue Garden Hotel Bangi di sini.

Katanya, dalam melaksanakan kerja, setiap pegawai perlulah menjaga imej sebagai penjawat awam. Bila ada pihak memberi pandangan negatif berkaitan organisasi, kita sepatutnya menjelaskan keadaan yang sebenar kerana tujuan penubuhan LPP dan bekerja di LPP adalah pekerjaan yang sangat mulia iaitu berperanan untuk membantu masyarakat peladang.

“janganlah kita merasa ego dan tinggi diri hanya kerana kita adalah seorang pegawai kerajaan sebaliknya kita perlulah menyantuni ahli-ahli peladang dengan imej yang baik, membudayakan kerja cemerlang dan memetingkan outcome.” tambahnya.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru agar semua pegawai menguasai dan melengkapkan diri dengan berkebolehan ‘menguruskan tanggapan’ (Manage Perseption). Jika semua pegawai memainkan peranan tersebut dan bersatu dengan visi serta misi yang sama sudah tentu segala plan dan hala tuju yang ditetapkan oleh LPP akan dicapai dengan lebih cemerlang.

Ketua Pengarah mengharapkan agar melalui kursus capacity building seperti ini akan melahirkan pegawai-pegawai lebih lebih berkeyakinan dan berpengetahuan. Ianya akan mencungkil potensi, skill dan melahirkan pegawai-pegawai yang produktif.

Kursus Capacity Building kali ini merupakan anjuran LPP bagi Siri ke dua melibatkan anggota gred 44 dan gred 48 dan akan berlangsung dari 27 Disember sehingga 29 Disember 2019. – Mhas

Jangan Politikkan Sumbangan Bantuan kepada Para Peladang

Mersing – 22 Disember 2019, Seramai 100 orang anak ahli yang untuk program ‘Back To School’ dan seramai 160 orang ahli peladang yang terlibat dalam bencana banjir menerima sumbangan dan bantuan dari Datuk Mazlan bin Aliman sempena Lawatan Kerja Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) ke Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Endau di sini.

Datuk Mazlan Aliman dalam ucapannya menzahirkan rasa simpati dengan kesusahan yang ditanggung oleh sesetengah ahli peladang terlibat dengan musibah banjir yang menimpa ahli-ahli peladang di Endau dan Mersing.

“Dalam menjayakan program bantuan ini kita mengucapkan terima kasih kepada NAFAS kerana telah memperuntukkan sejumlah RM1.0 Juta bagi membantu masyarakat peladang yang terlibat dengan banjir. Kita juga akan mengadakan perbincangan dengan Agrobank agar di masa akan datang lebih banyak peruntukan dapat disumbangkan supaya lebih ramai masyarakat peladang dibantu”. Tambahnya

Demi kesatuan dan perpaduan dalam masyarakat, Datuk Mazlan berharap apa yang dilakukan ini tidak dipolitikkan kerana hasrat sebenar adalah untuk memastikan rakyat yang memerlukan dibantu dan bantuan-bantuan ini sampai kepada peladang dan rakyat yang memerlukannya.

Datuk Mazlan juga menjelaskan bahawa pada masa ini pihak NAFAS telah dicadangkan untuk membuat pindaan skop Yayasan Pendidikan Peladang supaya yayasan tersebut tidak hanya terbatas kepada pendidikan anak ahli sahaja. Melalui pindaan ini akan membolehkan lebih ramai ahli peladang menerima manfaat dan pihak-pihak swasta juga boleh menyalurkan sumbangan kepada Yayasan Peladang ini.

Dalam program ‘Back To School’ anak-anak ahtersebutli telah menerima peruntukan sebanyak RM150. 00 seorang manakala bagi penerima yang menjadi mangsa banjir pula menerima bantuan dalam bentuk barangan.

Turut hadir di majlis ialah Pn. Hjh Norlizah, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan LPP, Tn. Hj. Zaini mohd Yusof, Pengarah Bahagian Kejuruteraan LPP, Tn. Hj. Samsuddin bin selamat, Pemangku Pengarah LPP Negeri Johor, Zainuddin bin Talib, En. Zainee bin Hj. Daud, Pengerusi AJP PPK Endau, Pengurus Besar PPK Endau dan barisan AJP PPK Endau – Mhas

SOP Baru Tanaman Padi Perlu Untuk Peningkatan Hasil

Rompin, 22 Disember 2019 – Datuk Mazlan Aliman, Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) mengucapkan takziah kepada mangsa-mangsa banjir di kawasan Rompin dan beliau menzahirkan rasa simpati kepada beberapa penanam padi di sini kerana beliau telah melihat sendiri kawasan terjejas sewaktu lawatan beliau ke sawah-sawah padi di sekitar Kampung Setajam, Rompin sebentar tadi.

Beliau memaklumkan bahawa sebanyak RM12 juta telah diagihkan untuk petani-petani yang terlibat dalam taufan Lekima yang lalu. Pampasan yang sama diharap dapat disampaikan kepada mangsa-mangsa banjir di kawasan Rompin setelah proses bancian dibuat oleh pihak Jabatan Pertanian dalam masa terdekat ini.

Beliau juga telah mengambil maklum tentang rungutan para pesawah berkaitan sistem perparitan yang menelan belanja RM31 Juta tetapi membawa masalah kerana keadaan parit yang lebih rendah daripada petak-petak sawah.

“Saya mengambil maklum tentang perkara ini dan akan meminta Pengarah Bahagian Industri Padi & Beras (IPB) LPP untuk membincangkan isu ini dan seteruskan menyelesaikan permasalahan yang timbul”. Beliau berkata demikian sewaktu berucap dalam Majlis Penyerahan ‘Back To School’ dan sumbangan mangsa banjir di Kampung Setajam, iaitu salah satu unit di bawah kendalian Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Rompin di sini.

Datuk Mazlan juga menyeru supaya satu revolusi dibuat kepada pesawah-pesawah padi agar ‘yield’ tanaman padi dapat ditingkatkan dan seterusnya menarik golongan muda untuk terlibat dalam industri ini.

“Masalah ‘yield’ rendah yang terbelenggu sekarang ini disebabkan para petani kita hanya bergantung kepada teknologi dan SOP (Standard Operating Procedure) yang sedia ada tanpa memberi fokus kepada pembentukan SOP baru seperti proses pengapuran dan penggunaan teknologi baru. Negara luar iaitu Thailand dan Indonesia telah melaksanakan reformasi dan transformasi baru, contohnya tempoh penanaman padi di negara mereka lebih singkat berbanding tanaman padi di negara ini. Sepatutnya kita juga perlu menjalankan tanaman padi tiga kali setahun seperti negara tersebut”. Tambahnya.

Beliau juga memaklumkan bahawa beberapa syarikat telah membentangkan kaedah yang baru dalam membentuk SOP baru yang boleh meningkatkan hasil. Dengan adanya SOP baru diharap keluaran dalam negara akan meningkat dan akan dapat mengurangkan import negara.

Dalam majlis tersebut, *anak-anak ahli peladang telah menerima bantuan kelengkapan untuk persekolahan manakala* mangsa-mangsa banjir diberi bantuan dalam bentuk kit berbentuk barangan keperluan harian.

Turut hadir di majlis ialah Pn. Hjh Norlizah, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan LPP, Tn. Hj. Zaini mohd Yusof, Pengarah Bahagian Kejuruteraan LPP, Cik Husnani Abd. Manan, Pemangku Pengarah LPP Negeri Pahang, Dato’ Rosli bin Yaakob, Pengerusi AJP PPK Rompin, En. Shahril Fadzli bin Shamsir, Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Negeri Pahang, En. Abdullah bin Wahab, Pengurus Besar PPK Rompin dan barisan AJP PPK Rompin – Mhas

Penggunaan Teknologi Kecil Agar Tidak Merosakkan Struktur Tanah

Kota Tinggi, 23 Disembet 2019 – Pelaksanakan sumbangan kepada mangsa banjir dan program kembali ke sekolah kepada anak-anak ahli telah dibuat, namun Datuk Mazlan bin Aliman, Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) masih belum berpuas hati kerana sumbangan yang diberikan masih belum menyeluruh.

Oleh yang demikian pindaan kepada perlembagaan Yayasan Pendidikan NAFAS akan dibuat dengan memasukkan skop kebajikan bagi membolehkan yayasan tersebut boleh mencari dan menerima sumbangan dana dari pihak swasta serta GLC seterusnya lebih banyak bantuan kepada para peladang.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya
Program Bantuan Mangsa Banjir Dan Penyampaian Bantuan Kembali Ke Sekolah Anak-Anak Ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kota Tinggi Timur 2019 di sini.

“Kita telah mencadangkan pindaan perlembagaan ini dibuat maka terpulang kepada perwakilan mesyuarat Agung NAFAS untuk menentukan dalam meluluskannya di mesyuarat agung yang akan diadakan pada pertengahan januari hadapan”. Katanya.

Datuk Mazlan juga menyeru kepimpinan pertubuhan peladang supaya mengaktifkan unit-unit peladang agar lebih proaktif demi memajukan pertubuhan peladang dan seterusnya memajukan sektor pertanian.

Beliau juga menyeru supaya para peladang mengikuti perkembangan teknologi yang sering berubah agar kemajuan dapat dicapai dan menjadikannya berkembang serta relevan.

“Kadang-kadang penggunaan jentera berat di petak sawah merosakkan struktur tanah. Oleh yang demikian kita kena lihat bagaimana teknologi kecil dan efficient digunakan sebagai contohnya di negara China yang menghasilkan teknologi jentera kecil dan tidak merosakkan struktur tanah”. Tambahnya.

Sebelum itu, Pengerusi PPK Kota Tinggi Timur, En Hashim bin Mohammad, dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada LPP kerana telah meluluskan peruntukan RM100, 000.00 bagi projek lembu PPK Kota Tinggi Timur dan juga peruntukan RM60, 000.00 bagi pembaikan rumah kakitangan selepas salah satu rumah kakitangan yang mengalami kebakaran pada akhir tahun lepas.

Turut hadir dalam program pagi ini ialah Tn. Hj. Samsuddin Selamat, Pemangku Pengarah LPP Negeri Johor,
Tn. Hj. Zaini mohd Yusof, Pengarah Bahagian Kejuruteraan LPP, En. Mohd Ainuddin, pemangku pengurus Besar PPK Kota Tinggi Timur dan barisan Ahli Jemaah Pengarah PPK Kota Tinggi Timur. – Mhas

PP 3 peringkat membantu para peladang yang dilanda musibah

Kluang, 23 Disember 2019 – Mangsa-mangsa banjir di sekitar Kluang terutamanya ahli-ahli peladang unit Kampung Contoh diminta bersabar dengan dugaan banjir yang melanda baru-baru ini.

Datuk Mazlan bin Aliman berkata demikian dalam Majlis Penyampaian Bantuan Kepada Mangsa Banjir di Kampung Contoh, Kluang.

“kita memahami kesukaran mangsa yang terlibat, dalam kehidupan yang sukar banyak harta benda yang rosak perlu diganti dan memerlukan kewangan yang banyak. Ditambah lagi musim persekolahan akan tiba tak lama lagi sudah tentu akan memberi tekanan kepada kehidupan mereka yang terlibat. Pertubuhan Peladang tiga peringkat iaitu Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) , Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) berganding bahu mengumpul dana bagi membantu masyarakat peladang yang terkena musibah termasuklah 28 orang ahli peladang dari PPK Kluang ini”. Tambahnya.

Kepimpinan pertubuhan peladang dan ketua-ketua unit juga diminta menjadi penyalur maklumat berkaitan kebajikan ahli-ahli peladang di kawasan masing-masing kerana selain program bantuan banjir, program bantuan lain juga telah wujud, contohnya Program Ziarah Peladang yang bertujuan meringankan beban ahli-ahli yang ditimpa musibah.

Dalam program penyampaian sumbangan kit bantuan banjir pada petang ini turut dihadiri oleh Tn. Hj. Samsuddin bin Selamat, Pemangku Pengarah LPP Negeri Johor, Tn. Hj. Zaini Mohd Yusof, Pengarah Bahagian Kejuruteraan LPP, En. Hafiz Azmi, Pengurus Besar PPK Kluang, Tn. Hj. Misbah bin Misran, pengerusi PPK Kluang serta barisan Ahli Jemaah Pengarah PPK Kluang.-Mhas.

Pakat tengok noo..