Category: Uncategorized
LPP terima Projek Siap PPK Klang Dari JKR
Klang, 24 Februari 2020 – Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) secara rasminya hari ini menerima bangunan pejabat PPK Klang daripada Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) pada Majlis ‘Penyerahan Projek Siap’ di sini.
Majlis ini menyaksikan gimik serahan kunci bangunan PPK daripada Ir. Mohd Darus selamat, Timbalan Pengarah JKR Negeri Selangor kepada Pn. Azulita Salim, Ketua Pengarah LPP dan seterusnya Pn. Azulita menyerahkan kunci tersebut kepada Tn. Hj. Muner Suandi, Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah PPK Klang.
Pn. Azulita dalam ucapannya memaklumkan yang bangunan baru PPK ini, adalah bagi menggantikan bangunan lama PPK yang terlibat dengan projek pelebaran jalan. Peruntukan sebanyak RM2.5 juta telah diperolehi dalam RMKe-10 lagi.
“Kita bersyukur bangunan ini telah siap sepenuhnya dengan kualiti pembinaan yang sangat baik. Terima kasih kepada pihak JKR Malaysia, JKR Negeri, Jurutera, Arkitek, kontraktor dan semua yang terlibat”. Katanya.
“Bangunan PPK Klang merupakan salah satu dari 4 buah PPK lain yang menggunapakai reka bentuk yang sama iaitu, PPK Kg Gajah, PPK Pulau Tawar, PPK Chenor dan PPK Tenom.
LPP juga bekerjasama dengan JKR bagi pembinaan 6 buah bangunan termasuklah kilang padi Gerai, Terengganu”. Tambahnya.
Ir. Mohd Darus, yang mewakili Pengarah JKR Negeri memaklumkan bangunan yang dibina ini telah disiapkan sepenuhnya pada 7 Februari 2020 setelah melalui tiga fasa pelanjutan. Mengikut perancangan awal tarikh siap projek adalah pada 29 Mei 2019.
“Pembinaan bangunan pejabat dua tingkat ini meliputi ruang pejabat, bilik mesyuarat, dewan serbaguna, surau, rumah pam dan drain water harvesting bagi melestarikan sumber”. Tegasnya.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pn. Aduni Adlin Mohd Bee, Pengarah LPP Negeri Selangor, Tn. Hj. Mat Zaini Mohd Yusof, Pengarah Bahagian Kejenteraan LPP, En. Faizal Jakir, Pengarah Bahagian Perancangan & Penilaian LPP, Pn. Hjh Razana Ghazali, Pengarah Bahagian Kewangan LPP, Pn. Masdura Supian, Pengurus Besar PPK Klang dan Barisan AJP PPK Klang. – Mhas
Agrotourism potensi besar PPK Kota Belut
Kota Belud, 20 Februari 2020 – Lawatan kerja di hari ke dua Datuk Mazlan Aliman, Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) ke Sabah diteruskan dengan lawatan ke Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kota Belud untuk bertemu dengan pengurusan dan Ahli Jemaah Pengarah (AJP) PPK berkenaan.
En. Madsah bin Hj Jaragan Pengerusi PPK Kota Belud telah mengalu-alukan kedatangan Pengerusi LPP dan melahirkan rasa bangga kerana Pengerusi LPP itu sudi datang ke PPK Kota Belut.
Taklimat berkaitan pengoperasian dan aktiviti perniagaan PPK telah disampaikan oleh Pengurus Besar PPK, En Azlee Shah Abdullah. Beberapa perancangan baru telah dibentangkan termasuk aktiviti pemasaran beras padi bukit melalui E-Commerce dan agropelancongan.
Datuk Mazlan dalam ucapannya amat menyokong aktiviti yang dicadangkan dan mengharapkan PPK dapat berperanan memberi khidmat sumbangan kepada ahli.
Jarak Kota Belut dari Kota Kinabalu adalah 70 km dan majoriti penduduknya ialah Bajau, Dusun, Irranum, cina, ubian dan lain-lain.
Disebabkan Kota Belud ini mashyur dengan kehebatan menunggang kuda, maka pihak pengurusan PPK telah mengaturkan acara menunggang kuda bagi memperkenalkan tradisi masyarakat Bajau di daerah ini yang terkenal dengan gelaran ‘Daerah Koboi Timur”
En. Haris Alimuddin, salah seorang ahli lembaga LPP yang mengikuti lawatan ini turut menyokong agar PPK Kota Belud meneroka dan menceburi Agro pelancongan sebagai aktiviti tambahan yang diyakini boleh memberi keuntungan.
“Kota Belud mempunyai sumber dan keindahan semulajadi yang tidak ternilai. Di sini, mempunyai tarikan aktiviti hutan, aktiviti sungai, aktiviti laut yang semuanya sangat cantik dan sangat berbaloi untuk dimajukan. PPK perlu menyediakan pakej tertentu dan libatkan ahlinya agar limpahan dari kehadiran pelancong akan memberi tempias peningkatan ekonomi kepada ahli-ahli peladang terlibat, tegasnya.
Selain terkenal dengan Daerak Koboi Timur, Kota Belud juga sangat terkenal dengan seni pertukangan besi seperti parang dan golok.
Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah, YB Datuk Japlin Akim adun Usukan, Pn Hjh Anita Misuari, Pengarah LPP Negeri Sabah dan En. Amir Matamin Pengarah Bahagian Pengeluaran Usahawan & Pembiayaan LPP – Mhas.
Unit Peladang Jalankan Projek Pertanian
Kudat, 19 Februari 2020 – Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kudat disaran membangunkan unit-unit peladang dan mengambil peluang dari dana serta kemudahan yang ditawarkan agar lebih banyak peluang pekerjaan diwujudkan dan memberi peluang pekerjaan kepada anak ahli peladang.
Perkara demikian dinyatakan oleh YBhg Datuk Mazlan Aliman, Pengerusi LPP dalam ucapannya di Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan Banjir Kepada Ahli & Penyerahan Beg Sekolah Kepada Anak Pertubuhan Peladang Kawasan Kudat di Perkarangan Pejabat PPK di sini.
” PPK dan usahawan PPK boleh mendapatkan pelbagai kemudahan seperti dana Rezeki Tani yang menawarkan pembiayaan sehingga RM10,000.00 kepada ahli di kalangan B40 yang ingin terlibat dalam projek pertanian bagi menambahkan pendapatan.
” Seterusnya dana dari Agropreneur Muda menawarkan geran sehingga RM20, 000.00 kepada usahawan muda yang ingin membesarkan projek mereka. Selain itu bagi pembiayaan Tabung Pembangunan Usahawan Peladang (TPUP) pula telah dipermudahkan dan jika nilai dibawah RM50,000.00 ianya hanya boleh diluluskan di peringkat LPP negeri sahaja, tambahnya.
Datuk Mazlan juga memaklumkan bahawa PPK dan usahawan juga boleh mendapatkan dana dari Agrobank termasuk dana kalobrasi Petnonas bersama Agrobank berjumlah RM100 Juta yang boleh dimanfaatkan untuk mengaktifkan unit dan sebagainya.
Beliau yakin dengan penglibatan unit-unit sebagai satu entiti yang melaksanakan projek, maka akan mewujudkan peluang pekerjaan kepada anak ahli dan mereka ini tidak lagi berhijrah keluar.
“Kita yakin jika projek-projek pertanian kita dilaksanakan secara berkesan, kita akan boleh penuhi permintaam dalam negara malah boleh di eksport. Kita akan bawa dimensi baru kepada bidang pertanian agar dapat melahirkan usahawan- usahawan berjaya”, tambahnya.
Dalam majlis tersebut seramai 136 keluarga telah diserahkan bantuan banjir berupa keperluan dapur manakala 100 pelajar menerima peralatan sekolah masing-masing.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah, Pn Hjh Anita Misuari, Pengarah LPP Negeri Sabah, En. Mohd khairuddin Daud, Pengerusi PPK Kudat, En. Amir Matamin, Pengarah Bahagian Pengeluaran Usahawan & Pembiayaan, Pn. Norlizah bt Umong, Pengurus Besar PPK Kudat, En. Haris Alimudin, Ahli Lembaga LPP serta ketua-ketua jabatan di Sekitar Kudat. – Mhas.
Ramah Mesra Pengerusi LPP bersama Pengurusan dan AJP PPK Inanam

Kota Kinabalu, 18 Februari 2020 – Perjumpaan Ybhg Datuk Mazlan Aliman bersama Pengurusan dan Barisan AJP Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Inanam merupakan salah satu pengisian sempena lawatan dan program turun padang Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) ke Sabah pada 18 sehingga 29 Februari 2020.
Beberapa isu penting telah diselesaikan termasuklah hajat PPK Inanam untuk mendapatkan sebuah pejabat PPK yang baru.
Turut hadir dalam perjumpaan tersebut ialah Puan Hjh Anita Misuari, Pengarah LPP Negeri Sabah, En. Amir Matamin, Pengarah Bahagian Usahawan & Pembiayaan LPP Kuala Lumpur, Pn. Semiseh Hassan, Pengurus Besar PPK Inanam, En. Benny Franklin Harthhemen, Pengerusi PPK Inanam dan En. Harris Alimuddin, Ahli Lembaga LPP. – Mhas.
Lawatan Ke Projek Rezeki Tani Baling

Baling, 12 Februari 2020 – Kegembiraan peserta rezeki tani Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) terserlah dan dikongsikan bersama Puan Hjh Norlizah Muhammad, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan LPP semasa lawatan beliau ke tiga projek peserta rezeki tani di sekitar unit peladang Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Baling di sini.
Tiga peserta yang dilawati merupakan sebahagian dari lapan orang peserta rezeki tani tahun 2019 yang telah memulakan projek dalam usaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani meningkatkan pendapatan peserta melalui pemberian bantuan projek ekonomi di kawasan kendalian PPK Baling.
En. Mat Fazil bin Abu Mansor 49, dari Kg Baru Teluk Selambau, menyatakan bahawa beliau telah menerima RM9, 000. 00 bantuan dari LPP dan telah berjaya merealisasikan impiannya untuk mempunyai projek tanaman cendawan. Projek ini telah mengeluarkan 2500 Kg hasil cendawan dengan nilai jualan sebanyak RM9,610.00 sejak 12 November 2019 sehingga 1 Januari 2020.

En. Mohammad Shukri bin Mat Piah 41, dari kampung Mamali pula menzahirkan rasa syukur kerana beliau berjaya menjalankan projek sendiri kerana sebelum ini beliau membuat projek tanaman secara berkongsi dengan rakannya. Projek tanaman timun pusingan pertama beliau sebanyak 850 polibag ini dijangka akan mengeluarkan hasil dalam tempoh 20 hari lagi.

Manakala peserta ketiga, En. Mohd Supian bin Rejab 44, dari Kg Tanjung Merbau yang memilih projek fertigasi gantung meluahkan rasa gembira kerana pokok timunnya dijangka mengeluarkan hasil 10 hari lagi. Beliau juga amat berterima kasih kepada pegawai pertubuhan peladang atas tunjuk ajar sehingga projek beliau berada pada tahap ini.

Pn. Hjh Norlizah telah memberi kata-kata semangat dan amat berpuashati dengan prestasi projek rezeki tani.
Lawatan ke projek peserta rezeki tani ini adalah untuk melihat perkembangan dan sebagai input kepada perancangan pelancaran Program Membasmi Kemiskinan Di Kawasan Baling sebagaimana dinyatakan oleh Datuk Mazlan Aliman, Pengerusi LPP sebelum ini.
Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Dato’ Ismail Salleh, Pengarah Bahagian Pengeluaran dan Perniagaan LPP, En. Amir Matamin, Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan dan Pembiayaan LPP, Dr. Mohamad Azizi Mohd Atar, Pengarah LPP Negeri Kedah, En. Mohd Hafiz bin Sa’are, Pengurus Besar PPK Baling, En. Muhamad Shafiz bin Zakaria, Pengurus Besar PPK Kuala Ketil, wakil-wakil Bahagian di LPP Kuala Lumpur dan pegawai-pegawai LPP Negeri Kedah. – Mhas.
Program Jelajah Agroprenueur Muda LPP
Bandar Penawar, 8 Februari 2020 – Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) akan terus merangsang program yang boleh meningkatkan penglibatan golongan muda dalam sektor pertanian. Perkara ini dinyatakan oleh Datuk Mazlan Aliman Pengerusi LPP semasa merasmikan Majlis perasmian roadshow PeladangMuda dan PPHP PPK Pengerang di sini.

‘Setakat ini penglibatan orang muda dalam masyarakat peladang hanya 15 peratus sahaja berbanding 920 ribu keseluruhan ahli peladang di Malaysia. Kita telah perkenalkan sistem keahlian secara online dan berharap bilangan keahlian anak muda akan meningkat’, tambahnya.
Datuk Mazlan juga menyatakan bahawa golongan peladangmuda hendaklah mengambil peluang daripada dana RM100 juta yang telah diperuntukkan oleh Petronas untuk sektor pertanian hasil kerjasama yang telah dimenterai bersama Agrobank baru-baru ini.
Beliau juga menyatakan bahawa negara-negara jiran Malaysia kini telah memberi fokus kepada eksport dan pertanian mereka lebih baik walaupun tanpa subsidi kerajaan.
Seterusnya beliau menyeru golongan muda merebut insentif yang ditawarkan kerajaan seperti geran agropreneur muda yang nilai bantuannya mencecah RM20, 000 serta kemudahan yang ditawarkan oleh lain-lain agensi.
Sebelum itu En. Mohd Sawalluddin Salleh, pengerusi PPK Pengerang dalam ucapan aluannya mengharapkan LPP dapat menyokong kewujudan ‘Peladang Sequare’ kerana volume perniagaan di sini berjumlah RM59,000 setiap bulan merupakan peningkatan melebihi 300 peratus berbanding tahun sebelum ini.
Puan Hjh Norlizah Muhammad, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan LPP yang mewakili Ketua Pengarah dalam ucapannya pula menjelaskan bahawa program baru LPP bagi menggalakkan orang muda dalam pertanian ialah mewujudkan program mentor-menti. Melalui program ini tiga isu utama yang menjadi penghalang kejayaan anak muda iaitu, modal, teknikal dan pemasaran akan dapat diselesaikan.
Turut hadir dalam program ini ialah YB Hj. Khairuddin A rahim, Timbalan Pengerusi LPP, Tn. Hj. Samsuddin selamat, Pemangku pengarah LPP Negeri Johor, Tn Hj. Omar bin Salleh, Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah PPNJ, En. Amiruddin Bahar Pengurus Besar PPNJ serta pengarah-pengarah bahagian LPP. – Mhas

Lawatan ke kawasan terjejas banjir di Beufort dan Papar



Bengkel RMKe-12 LPP
Putrajaya, 3 Februari 2020 – LPP telah bersedia memasuki RMKe-12 dengan fokus mementingkan keberhasilan yang memenuhi kehendak golongan sasar. Cabaran mendatang memerlukan semua pihak lebih serius memikirkan secara strategik dan komited bagaimana hendak mengimplimentasi RMKe-12 secara ‘impactfull‘. Perkara demikian dinyatakan oleh Pn. Azulita Salim, Ketua Pengarah LPP dalam ucaptama sempena Pemukiman Rancangan Malaysia kedua Belas (RMKe-12) 2021-2025 Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) di sini.

‘Perancangan program RMKe-12 yang diketengahkan oleh LPP hendaklah menjurus kepada peningkatan pendapatan golongan sasar yang bernaun di bawah 294 PPK selari dengan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB)’, tambahnya.
Bengkel yang diadakan ini adalah bagi menentukan program-program pembangunan di bawah LPP untuk di bawa ke RMKe12. Para peserta bengkel juga akan menilai keperluan peruntukan bagi setiap program yang akan dibawa ke RMK-12 tersebut. Seterusnya mereka dikehendaki menyediakan projek Logical Framework Matrix (LFM) dan Creativity Index (CI).
Pn. Azulita juga mengharapkan program pemukiman ini dapat mengentengahkan, idea, membentuk tema dan yang paling utama boleh dicapai melalui penetapan’ ‘Creativity Index’ berkenaan.
Pemukiman Rancangan RMKe-12 kali ini melibatkan pegawai-pegawai kanan dan juga pengurusan Pertubuhan peladang yang terpilih. Bengkel ini telah berlangsung dari 3 hingga 5 Februari 2020 di Hotel Dorsett Putrajaya. – Mhas
AJP perlu mengenepikan idealogi politik dalam memajukan masyarakat peladang.




Beaufort, 12 Januari 2020 – Ahli Jemaah pengarah di pertubuhan peladang sama ada di pilih oleh perwakilan atau di lantik oleh menteri diseru mengenepikan idealogi sebaliknya bersama-sama mengemukakan idea serta pandangan dalam konteks pembangunan pertanian secara lebih serius dengan melihat potensi-potensi yang ada.Perkara demikian dinyatakan oleh Ybhg. Datuk Mazlan Aliman, Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dalam ucapannya sempena Majlis Ramah Mesra Dan Makan Malam Ybhg. Pengerusi LPP bersama Pemimpin Peladang Beauford dan Papar bertempat di Borneo Golf Resort, Bongawan di sini.”Jika kita tidak berfikir jauh ke hadapan, maka kita akan terus berada di takuk lama dan kita akan ketinggalan. Kesemua 26 Pertubuhan Peladang di Sabah perlu melihat potensi, kembangkan dan sediakan Plan Pembangunan Pertanian Sabah bagi memastikan masyarakat peladang menikmati kehidupan yang lebih baik dan berupaya menarik golongan muda dalam industri ini” , tambahnya.Sebelum itu, beliau menyarankan supaya Pertubuhan Peladang di Sabah yang masih luas kawasan untuk pertanian supaya mempelbagaikan jenis tanaman dan melihat penggunaan teknologi yang boleh menarik orang muda dalam pertanian contohnya tanaman secara fertigasi dan aquaponik yang masih belum banyak diaplikasikan di Beaufort dan Papar.Seterusnya beliau menambah, bahawa pada tahun 2020 ini beliau akan memberi fokus kepada pemasaran produk-produk usahawan agar boleh pergi lebih jauh dan boleh capai keperluan eksport.Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Pengarah LPP, Pn. Azulita Salim, Ahli Lembaga LPP, En. Haris Alimuddin, Setiusaha Sulit Kanan Kepada YB Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, En. Sulaiman Kaiat, Pengarah LPP Negeri Sabah, Pn. Anita Misuari, Pengurus Besar PPN Sabah, Cik Catherina Edward, Pengarah Kejuruteraan LPP, Tn. Hj. Mat Zaini Mohd Yusof, barisan AJP, Ketua Unit dan Pengurusan dari PPK Beaufort dan PPK Papar.-Mhas