Agihan Bubur Lambuk di Menara LPP

13 Mei 2019, Kuala Lumpur – Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) pada petang ini telah menyemarakkan lagi bulan Ramadhan dengan Progran ‘Ihya Ramadhan” iaitu program mengagihkan bubur lambuk dan buah kurma di Menara LPP.

Pengagihan bubur lambuk resepi Bubur Lambuk Masjid Jamek Kg. Baru Kuala Lumpur diserikan dengan kehadiran Ketua Pengarah LPP YBhg Pn. Azulita Salim dan Pengerusi LPP YBhg Datuk Mazlan Aliman.

Program pengagihan yang bermula jam 4.00 Petang itu berjalan dalam suasana meriah apabila diagihkan sewaktu warga kerja termasuk anak-anak tadika KEMAS menara LPP bersiap untuk pulang ke rumah masing-masing.

Resepi bubur lambuk Masjid Jamek Kg. Baru menjadi rebutan ramai kerana rasanya yang enak. Dikatakan resepi asal bubur lambuk ini telah diasaskan oleh seorang warga Pakistan, Allahyarham Said Benk pada tahun 1949. Resepi tersebut kekal diamalkan sehingga hari ini dan sesiapa yang berhajat merasai bubur lambuk ini boleh datang ke Masjid Jamek Kg Baru seawal jam 4.00 petang di bulan Ramadhan ini. – MHAS

Perhatian kepada Pegawai2 LPP

Semua anggota LPP yang bertugas di Ibu Pejabat, negeri dan PP DILARANG untuk terlibat dalam sebarang tindakan bantahan ke atas Warta Peraturan-Peraturan Pertubuhan Peladang [Pindaan] 2019. Anggota-Anggota LPP yang meripakan penjawat awam diminta untuk sentiasa menjalankan tugas dan memberikan perkhidmatan yang terbaik, berkialiti, berintegriti serta mengamalkan tadbir irus yang betul untuk menjayakan dasar-dasar kerajaan semasa (Government of the day).

Peladang perlu usahakan tanaman yang hasil tinggi dan menguntungkan.

12 Mei 2019, Bentong : Ahli peladang digalakkan menggunakan teknologi dalam pertanian dan apa sahaja tanaman yang diusahakan hendaklah mendapat hasil yang baik dan untung yang besar.

Warga tani dan peladang juga hendaklah menguruskan jadual pengeluaran hasil supaya tidak berlaku lambakan yang boleh menyebabkan harganya jatuh. Tun Daim Zainuddin berkata demikian dalam majlis prrjumpaan yang berlangsung di Felda Lurah Bilut, Bentung Pahang pada pagi ini.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Dato’ Sallehhuddin bin Hassan, Ketua setiausaha Kemterian Lertanian dan industri Asas Tani, Datu Mazlan Aliman, Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang dan Pn Azulita Salim Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Malaysia.

“Masa depan negara masih bergantung kepada pertanian tetapi pertanian moden. Bila kita hendak buat sesuatu perlulah ada kajian” katanya lagi.

Dalam. Kesempatan itu Tun Daim telah menyampaikan sumbangan kepada 100 orang ashnaf dan juga anak-anak yatim dari Unit Peladang Lurah Bilut. Beliau juga turut menziarahi salah seorang peneroka asal Felda Lurah Bilut yang masih ada sejak dibuka pada tahun 1958.

Felda Lurah Bilut merupakan Felda pertama di. Malaysia mengandungi komposisi kaum melayu, cina dan india. Pada masa kini hanya tinggal 23 orang peneroka asal yang masih hidup dan generasi yang menduduki felda ini adalah generasi ke lima.

Dalam program Jelajah kasih ini seramai 20 orang peladang muda dibekalkan 1100 pokok benih halia dan peladang Nita pula dibekalkan 100 benih pokok vanilla untuk diusahakan sebagai projek penambahan pendapatan. Peserta-peserta juga dibekalkan 2 pokok anak benih durian Musang King untuk di di setiap rumah. – MHAS

MyGreenTeam

Apa itu MyGreenTeam? Ia adalah satu program khusus Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) memperkenalkan pertanian ke peringkat sekolah.

Pelancaran MyGreenTeam telah dirasmikan oleh YB Dato’ Salahuddin Ayub Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani di SMK Dato’ Penggawa Barat, Pontian pada 29 April 2019. Pada majlis tersebut LPP telah menyalurkan peruntukan berjumlah RM10, 000.00 untuk aktiviti pertanian di sekolah tersebut.

Objektif program ialah bagi memupuk minat para pelajar kepada sektor agromakanan dan seterusnya menjadikan sektor ini sebagai profession dimasa hadapan.

Puan Azulita binti Salim Ketua Pengarah LPP berkata Program MyGreenTeam ini akan dikembangkan ke lebih 50 buah sekolah di Malaysia dan melalui program ini sekolah-sekolah terlibat akan dipantau oleh Pertubuhan Peladang Kawasan yang berhanpiran.

Sudah terbukti sektor agromakanan ini telah melahirkan ramai usahawan muda malah ada antara mereka telah bergelar jutawan, tambahnya. – MHAS